sinaran chaya itu kekadang bermerlapan,
kekadang jua terpadam begitu sahaja
entah
tak dapat kuletakkan suatu definisi pun padanya
benarkah itu sumbernya cahaya
lantas
hari ni
kesedihan bertakhta di pundak hati
memerap rasa sayu..
entah mengape perasaan pelik ini muncul
aku sangka itu cuma satu perasaan
mungkinkah
silap
atau benar?
mungkinkah ia cuma bayangan
yang sebenarnya
langsung tak perlu
kuendahkan
aku
sedang kekeliruan
aku
terpanar
hadirnya perasaan ini
dan pula
tak dapat kuluahkan
apatah pula
tak dapat aku berikan maksudnya
hairan benar
mengapa perasaan ini
harus datang
sedangkan silah ini
baru seketika bertaut
adakah ArRahim sedang
menghadiahi abdi-Nya
dengan sekelumit
mahabbah pilihan-Nya?
Ya Rahim
jawablah doa abdi-Mu
lepaskan
belenggu ini
No comments:
Post a Comment