Sunday, February 18

puisi suara hati

Soalan untuk Sang Khalifah

Hati dicari-cari,
bisakah ia hadir?
tika suara bertasbih
waktu dahi mencecah bumi

Persoalkan dang hati itu
Ke mana perginya?

Pelik!

Mengapa,

Tidak ditanyakan pada
Si khalifahnya?
Tentang yakinnya
Pada pegangannya
Soal imannya
brekenaan akidahnya?

Adakah,

Tauhidnya pada yang Satu?
Amalnya untuk DIA
Bicaranya untuk syiar
Diplomasinya untuk bai’ah
Tegasnya untuk syariah

Benarkah sang khalifah?
Benarkah?

Itu semua
Terisi dalam hatimu
Semua itu
Bersemadi dalam jiwamu

Bahawa
Dihatimu hanya yang Satu
Akalmu berbenihkan sunnatullah
Pada batinmu syariatullah bertunjang
Tutur lidahmu berbungakan keadilan
Tingkahmu penyatu ummah

Sang khalifah
Hanya soalan
Kutanyakan pada hari ini
Esok nanti
DIA persoalkan
Mungkinkah jawapannya sama juga?

snart
( 7.12pm / Feb 18th,07 /Bangalore )


Tiadanya damai

Manusia pintar bertingkah
Manusia petah berbalah
Manusia sukar berdamai

Benarkah teori bangsa ketiga in?
Patut diujikah hipotesis oleh si alien?

Manusia menjawab
Dalam diamnya,
‘No!’
‘Cannot’!

Habis tu?
Mengapa perang masih berterusan?
Kenapa masih banyak rusuhan?
Kenapa negara-negara masih bertelagahan?

Manusia dalam ucapannya
‘We must defend ourselves
Against terrorism’

Huh!
Siapakah terrorists itu?
Di manakah terrorists itu?
Mengapa dunia polan ini
Yang mahu diserang?
Kenapa wajah polan itu pula
Terpapar pada kertas
Sebagai watak buruan utama?
Siapa terrorists itu sebenarnya?
Adakah dia ialah
Seorang pejuang agama?
Apakah salah?
Memperjuangkan agamanya?
Memperjuangkan negaranya
Daripada si manusia
Tak bernafsukan kedamaian?
Yang sekadar berhaluankan kedurjanaan?

Bisakah bumi
Dilindungi ozon setebal dulu?
Bisakah tanah tumpah darah ini
Diselamatkan lagi?

Sempatkah cicit merasai
Nyamannya bumi ini
Ataukah dia sama-sama
Melegamkan kehijauan
Yang bersisa
Sekaligus melenyapkan
Warna-warni kehidupan?

Snart
8.59pm, 18 feb,07
bangalore



PUISI UNTUK AYAHANDA

ayahanda
rindu kami bersulam sendu
kasih kami berlagu syahdu

ayahanda
benar kami rindu
tidak betah kami
di sini tanpamu

ayahanda
buih memutih di pantai
kami cedok ‘ntuk dibawa pulang
namun akhirnyanya hanya air
diselangi pasiran
yang tinggal bersisa

ayahanda
tiadamu, baru kini
kami rasakan sepinya
baru kini, kami kesedihan
dalam pencarian
baru kini
kami terfikirkan segala
untaian kata nasihat tinggalan

kami aku kata ummi
pergimu kerana dirindu Ilahi
datangmu adalah anugerah-Nya
sekadar pinjaman di dunia fanaa
untuk kami semua

ummi kata

sedih itu tanda kasih sayang
pasrah itu satu kelebihan
doa itu satu kerahmatan

kami pilih ketiga-tiganya
dan ummi kata

yang paling utama
kasih Tuhan itu tetap tidak berpenghujungnya

ummi tambah lagi
kasih Tuhan pada KITA
tak akan bernoktah
dan itulah juga
doa kami
semoga kita semua dipayung
rahmat kasih Tuhan.

Snart
10.10 pm/ feb 18th,07
bangalore

No comments: