disember dah beberapa hari bermula.
baru perasan, dah lama jurnal xditulis.
kalau kumpul, banyak ni...
catatan 'perjalanan' kehidupan pelajar perubatan yang baru belajar 'bertatih'.
erm...di mana harus saya bermula ya??..erm..
saya terlupa membilang hari, agaknya sudah berapa lama saya mengikuti clinical posting ni ye?
tahun 2 mbbs saya bermula agak berteraburlah sedikit, mungkin tak melampau kan kata2 ini?
erm, itu hakikatlah, sukar digambarkan dalam bentuk perkataan.
clinical posting:surgery!
saya teruskan dengan aktiviti yang menarik je lah. clinical posting, di Bangalore Baptist Hospital!
patient pertama saya...seorang wanita lebih kurang awal 50-an. pernah menghidapi kanser payudara, dan telah menjalani pembedahan mastectomy (removal of the breast) dua tahun yang lepas. dan, on the day beliau datang (untuk buat follow up), rt. supraclavicular node didapati mengalami enlargement..fuh, pening nak membahasamelayukan ayat ni. sebenarnya, mase nak buat history taking, dan nak mereport, ada ayat khas. tu yang saya fenin2 sikit.maaflah ye...pada peringkat ini, kami menjalankan history taking secara berkumpulan. dan guna translator! haha..macam lawak pulak, tapi saya memang masih dalam proses belajar bahasa Kannada (bahasa tempatan) instead of bahasa hindi...kalo tak, ayam bercakap dengan itiklah jawabnya!
p/s:dah start kutip pengalaman~
berikutnya,
Community Posting
bermula seiring dengan clinical posting. kami melawat 'klinik desa' bernama 'Anganwadi', di kawasan kampung di Bangalore, tak jauh dari Bangalore Baptist Hospital. Melawat rumah2 orang kampung di sana. (Rasa bersyukur dilahirkan dengan penuh kesempurnaan). Check water system die cammane. Tadika adik2 camane...sedihlah jugak. macam kat Malaysia, siap ade taman permainan. kat tempat yang dilawati ni, mainan ade sikit2, apatah lagi taman permainan..xde, mcam duk dalam stor. so, harap2 adik2 kita sekarang harap2 bersyukurlah dengan apa yang anda ada~.
Oklah, banyak stories to tell. mungkin jurnal memendek. tapi, harap2 pengalaman tu masih dapat dikongsikan dan dimanfaatkan.
selamat hari raya aidil adha yang bakal tiba~
haa~ cakap tajuk ni..kat sini, 1 bhg korban=Rs 900 lebih kurang RM 90..murah tak?murah tak?;)
kawan2 kat cni, jom kita menyertai majlis korban ni ramai2!
Trailer Ayat2 Cinta
pernah satu ketika dulu, saya mengutarakan sebuah buku bertajuk Ayat2 Cinta, tulisan Habiburrahman ElShirazy. Kini, kisahnya diadaptasikan ke bentuk yang visual, bukan sekadar tulisan lagi~ sesiapa yang sudah membaca, mesti tak sabar kan. saya pun nak tengok!
No comments:
Post a Comment