Thursday, February 21

ek quarter?

activity:ward round
place:male ward, wing one, BBH

Patient katil x batuk2, kedengaran yang pastinya ade kahak..
"coughing?", soal Dr. Padmanabhan (mengajar kitorang topik CVS).
Pesakit tadi menggangguk.

Kami sama mengangguk, terus memerhati. Terus mendengar perbincangan doktor dan pesakit.
Cuba mengutip ilmu history taking, membuat differential diagnosis (kalau dapat).
Mata masing-masing mula meliar. Kukunya, clubbing. Kuku bentuk parrot beak, means class II clubbing. Matanya, tidak kelihatan jaundice (kuning) atau pun pale.
"with sputum?", soal doktor lagi. Angguk lagi. Terdapat sedikit sambungan bicara, tak dapat dipastikan kata-katanya, berbahasa hindi.

"Kitna? one cup per day?", doktor cuba mengutip maklumat lebih mendalam.
(kitna = banyak mana/berapa)
"ek quarter", balas pesakit, yakin. Sambil kepalanya melenggok, gaya-gaya classical Indian apabila berbicara.
'eight quarter? are there such words?', aku tertanya dalam hati. kerut dahi dicover. tanda soal ada lapan atas kepala.
'lapan per empat? sama dengan dua cawan?'. pelik!
'apsal xcakap jer dua cawan?'. Suruh main kira-kira ke. 'APAKAH?'
Dr. Padmanabhan terus berkata-kata dalam bahasa hindi, aku terus cuba mendengar.
"one quarter cup of sputum per day~", kata doktor sekali lagi. menangguk-anggukkan kepalanya.(ala-ala india la~)
'cet!', baru aku sedar. Lurusnya aku!
'ek = one'. wa! semput2! nasib baik tak tersuara persoalan itu.

No comments: