oh cintaku
Ahmad Imtihan , rupanya aku belum cukup bersedia untuk menemuimu.
berkali-kali kubelek helaian-helaian, menatap, memproses satu-satu bait tulisan surat untukmu. namun, aku cuba pasrah kerana aku hanya berdaya meluahkan secebis darinya padamu saat pertemuan kita.
maafkan ku, Ahmad Imtihan.
mungkin agaknya aku tidak sepenuh hati mencuba mencintaimu.
aku pasti akan terus mencuba mencintaimu.
Ahmad Imtihan Saghir seterusnya sedang menggamitku pada Jumaat ini.
Benarkan aku berlalu seketika, mencari dan membaiki diri.
semoga bertemu lagi pada tika kasihku padamu menggunung tinggi, dan pastinya aku bersedia tatkala itu~
biarpun tempohnya bertarikhkan satu musim!
kenalkan asalnya Ahmad Imtihan, klik sini.
p/s: alhamdulillah~ beres sudah design banner untuk 'charity night'.
takut juga andainya tak chantek, atau tak menjadi tatkala diprint nanti.
semoga Allah permudahkan dan ia menjadi dengan elok.
amin..*cuakss*..(sebab takut jadi last minute punya kerja kalau xjadi).
bila sudah menjadi produknya, akan sy letakkan gambarnya di blog..
bolela tgk betapa comotnya kerja budak medik yang berangan nak jadi designer..kekeke
No comments:
Post a Comment