Thursday, December 4

a break dari cuti memblogging

salam

sudah lama bercuti memblog, rasa gatal jari nak menaip gak kat laptop.
many thgs happened, either India mahupun Malaysia terchenta.

Pemergian mereka...

1. Cikgu Zari (ex-HEA Qber-zaman saye skolah dlu).
sedih. sayu. tiada kata kata lain dapat diungkap. lebih-lebih lagi guru ini sempat saya ketemukan tika buat re-visit Qber bulan 4 yg lalu. panjang saya berbicara dengannya, bercerita tentang batch kami dulu, batch baru di Qber...segala perubahan yang berlaku di Qber. Seronok kami bersembang. tapi, tak sangka. itulah pertemuan terakhir sebelum sempat saya mengotakan janji, bagi ubat free padanya.
Guru, jasamu dikenang ke akhir hayat.Semoga baktimu diberkati Allah.

2. YB Dato' Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran.
Tak tahulah dah ramai notice ke tak, especially yang bukan jenis bukak paper. Like me. Berita ini disampaikan oleh ummi saat saya menelefonnya Ahad lalu. Pastinya saya dilanda kejutan lagi. Beliau antara kawan rapat arwah bap. Tidak disangka, kini beliau pula yang mengikut jejaknya. Saya doakan keluarga beliau dikurniakan ketabahan menghadapi liku-liku hidup yang masih panjang ini.

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..

Mumbai Attacks: Komplot baru selepas Bangalore Blasts?

Cerita pasal Bangalore blasts baru jer surut, tiba-tiba India dihangatkan lagi dengan serangan terrorist ke atas Mumbai- sebuah bandar besar India. Israel turut menghulur bantuan. Another shocking stories. Berita ini memang selamat sampai ke Malaysia. Dikatakan pula, New Delhi pulak menerima emel bakal diserang. dan hari ini, ada rumors Bangalore juga dalam list? Apa-apa pun, doakanlah kami di sini selamat.
yang geramnya, ape hal g frame Malaysia pasal serangan kat Mumbai tu?

p/s: ada possibility perang tercetus kalau India dgn Pakistan tak pilih jalan damai...-cikgu forensic

Exam lagi

serius...tak habis2 ngn tajuk exam, kan? cam dah bosan jer rase. cuak pun dah hilang bila time exam. tu la,e...huhu..pagi tadi practical exam orthopedics. habis anatomy kene revise-but i wasn't. setakat recall sikit2. duyh! kill me! at last...2 tulang, 2 xray yang kluar. exactly memang hobi bace xray-walaupun terer tahap mane la sangat, kan...alhamdulillah...bolehlah nak menggoreng kat atas meja tu. post-mortem: REVISE ANATOMY BALIK!!!!! kalo tak ingat tahap camtu, memang takleh nak subspecialise kat orthopedic lagi-ala2 ayat Dr. Saravanan(dlm english lar..), ucapnya buat seluruh ahli kelas.Theory exam pulak pasni-on Saturday!

...silly mistakes no more, otherwise, ur patients die...

Rumah masuk air pulak...

huhu...story psl umah kt Terengganu. ngeh3...masuk air jugak rumah tu akhirnya. tu pun dapur jer. sikit jer airnya. Tu gara-gara sistem parit kt terengganu kureng sikit-mencedok ayat2 kak nita baru ni. Bahana air masuk, barang-barang kat dapur dah selamat naik tingkat atas. tapi, alhamdulillah, hulu terengganu tak hujan sgt, if not...kenyir terpaksa bukak empangan. then, memang banjiq besaq la...tht was told by kak nita lagi...

teringat kecik2, tunggu bersama dengan arwah bap kat depan rumah, tunggu air yang tak leh escape tu melimpah masuk rumah. tu pun air masuk sikit jer -cam mengharap pulak..hehe...Anyways, the best part was, tunggu air surut, then banyak la ikan2 kecik terkapar kat atas pasir depan rumah tu. siap pergi menangguk ngan adik din lagi. ikan sekila tu tok sah cakap la, tangguk-then petang curah balik masuk air. banyak gila..tapi,kesian pulak nak simpan lama-lama. biarlah mereka kembali ke pangkuan keluarga mereka... ;p

...a sweet memories of childhood....

p/s: dah masuk penghujung tahun lagi kita. umur dah tua. ada rasa nak berubah jadi lebih baik tak? (soalan ditujukan khas buat ilhami sahaja..kalo orang lain nak menjwab pun buleh la jugek...;) )

No comments: