Salam aleyk~
Salam Ma'al Hijrah 1430H
Selamat Tahun Baru 2009
Alhamdulillah, selamat jua saya sampai di bumi Bangalore. Setelah lebih seminggu terbang menikmati alam~ alamak! gaya-gaya terbang macam burung pulak.. Terasa bebas seketika dari belenggu tekanan peperiksaan yang menghampiri. Yelah, namanya pun seketika cuma. Kembali saya ke Bangalore untuk menyambung perjuangan kecil yang masih belum selesai - hanya yang kecil cuma! Maka wajiblah punya keberanian dan tekad yang jelas lagi pasti. Azam baru bertambah sekadar satu-dua bilangannya. Azam lama diperteguhkan lagi tekadnya, hanya pelaksanaannya yang dinanti - insyaAllah, tenaga bakal digembleng sepenuhnya kali ini, doakan saya!
'Tautan Hati'.
Sebagaimana permintaan riz dari chatbox blog ini, (maaf riz, masih tidak tahu siapa anda), sedikit komentar dari saya, seorang pembaca biasa. Maaf sekali lagi, agak lama mengambil masa menulis entri ini.
Tautan hati. Sebagaimana persepsi terhadap maksudnya, begitulah juga saya pada novel tulisan Fatimah Syarha Nordin ini. Ya, sebuah novel Islamiy yang berjaya membawa saya kembali kepada memori sekolah menengah dahulu - meskipun bukanlah seratus-peratus seperti gambaran dalam novel tersebut.
BEST! Bacalah~ :) <--Inilah komentar pendek dari saya.
Secara jujurnya novel ini banyak menyedarkan saya pada pencarian saya sebenarnya hanya di depan mata. Dalam mencari sebuah cinta, pelbagai ceritera yang pahit dan manis mesti dilalui. Menggapai meningkatkan iman sendiri, pada masa yang sama masih berupaya memaut teman lain bersama mencapai paras yang lebih tinggi - bukan sekadar diri sendiri. Cara penulisannya bukanlah sesantai Hlovate, tapi yang pastinya pada saya memang cukup sesuai dengan pembawaan watak-watak seperti Asiah Yusra, Elya Khadija dan yang lainnya.. cukup sesuai dengan isi yang mahu disampaikan.
Tulisan Fatimah Syarha berlatarkan gambaran kehidupan ummah madani di mana amal Islamiy tidak pernah ditinggalkan dalam kehidupan seharian. Watak pelbagai ragam di universiti - specifically UIA. Dan sedikit flashback menghuraikan dunia Sekolah Menengah Taman Islam. Sebagaimana watak Asiah Yusra dan Elya Khadija - yang diberi sandaran serikandi Islam terbilang. Begitu juga peranan usrah dan sifat da'ie yang tidak pernah berputus asa. Jiwa da'ie mereka tidak pernah surut sedari sekolah menengah hingga ke peringkat U. Asiah Yusra berjaya dalam pelajarannya, tidak putus asa membawa rakan-rakannya ke jalan Allah. Begitu juga tersasarnya Umar Mujahid dari landasan ketika salam cintanya tidak berbalas oleh Asiah Yusra, tapi tersadai pada cinta Shafika yang mengutamakan rupa -bukanlah iman. Yang akhirnya, berkat doa dan teguran berhikmah teman-teman usrah lainnya, Umar Mujahid kembali kepada mereka.
Iman yang menjadi tujuan saya. Usrah yang menjadi anganan saya. Kehidupan yang menjadi idaman saya. Moga saya sekuat Asiah Yusra - teguh dengan prinsip Islamnya, kuat dengan azam dan motivasinya, yakin dan pasti dengan perbuatannya, yang jiwa da'ienya tidak surut ditelan masa.
Cinta. Seperti biasa, setiap novel tidak kering diapit kisah cinta. Novel 'Tautan Hati' tidak kering hanya dengan cinta manusia kerana Cinta abadi tetap keutamaannya. Kisah cinta antara dua watak utama bermula dengan konflik dalam diri Umar Mujahid yang mendamba cinta Asiah Yusra - tapi tidak berbalas kerana caranya tidak kena pada jiwa serikandi itu. Meskipun di hati Asiah Yusra terselit perasaan yang menjadi fitrah sekelian insan itu. Setelah lebih setengah buku dibaca, barulah kisah mereka membuahkan konflik besar - tatkala Umar Mujahid berhajat untuk meminta cinta Asiah dengan jalan yang betul, tetapi sudah pun didahului oleh teman rapatnya - juga diwajarkan sangat bagus untuk Asiah Yusra. Teman atau cinta menjadi pilihan Umar Mujahid? Pastilah saranan agama menjadi ikutannya...Tapi, endingnya disimpan supaya yang lain dapat menghayatinya. Maka, bacalah~hehe...
Seriyes. Novel ini sangat best. Novel ini untuk bacaan umum. Bukan hanya untuk orang yang jiwanya mahu hidup berusrah, mahu hidup dengan cara Islam. Ia untuk semua orang...Sebab cinta dambaan Asiah Yusra, ialah cinta yang dicari semua orang...Suatu kisah perjalanan hidup semasa mencari cinta abadi yang tidak terperi indahnya. Mungkin ramai yang mengatakan, "that's not for me"...Tapi, saya tetap akan kata, that's for me~
Hehe..panjang jugak komen saya ni rupanya. Rasa-rasa ala-ala campur sinopsis jugak tu. Pendek kata, bacalah~ :)
Terima kasih buat teman-teman di UK and Eire!
Start with;
London
1. Faris
2. Azyan, Nusrah, Amirah Zaki, and housemates sume -Siti, Ain
Sangat-sangat minta maaf kerana merisaukan korang..huhu..
Dublin
1. Shida,Teh, Fifah, Farah Diana, Alin, Maz, Aina, Izzah, Aida - thnx sgt2~felt like crying mase nak kluar rumah..huhu
2. Pokjak (nasi lemak best), Isey, Fifi, Mat Boot(betul ke eja ni?), Arshad, Syasya and all la..
Ediburgh
1. Eli and housemates
2. Wawan - resipi baru yg sedap
3. Fidod (dari facebook, terjumpe kat Edin?) dan Afiq
Pendek kate, sume la yang meraikan kitorang kt Edin - so sweet u all nyanyi lagu utk kitorang...
Leeds
Bet, Yat, Syaz n all..
Notts
1. Asma, Irina, Maryam n all housamates. Wawa gak!
2. Lina - sedap mi kiah putih tu..rase nak lagi ;)
3. Zaffan
4. Intan- walau tak sempat ketemu di Notts, tapi, kite jumpe gak kat Dublin :)
Birm
1. Ada ( I miss u! haha), Hanisah, Shafiqah, Nana
4. Intan- walau tak sempat ketemu di Notts, tapi, kite jumpe gak kat Dublin :)
Birm
1. Ada ( I miss u! haha), Hanisah, Shafiqah, Nana
2. Norehan~ thnx, nor... dari warwick datang menyambut aku kt birm..hehe..sweet time though..sori, xsmpat masak! huhu
3. Alia - jauh dari Czech, di Birm kite menjalin ukhwah baru :)
3. Alia - jauh dari Czech, di Birm kite menjalin ukhwah baru :)
Bath
Hajare (mekaseh!! I miss u too..haha)- best bangat, menikmati sushi sambil menyelami sejarah Israel yang 'tersilap' asal-usul itu...
Teman-teman lain (kalo korang terbace entri ni) maaf sangat-sangat tarak sempat ketemu. I enjoyed those sweet time with u all. Yang tak tertulis namanya, saya tetap berterima kasih pada kamu~
Sekian, terima kasih~ ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat korang sume..:)
Flying kiss untuk sume orang.
A reminder : Let's pray for GAZA.
Allahumma unsuril Islam wa a'izzal muslimin..

Al-Fath (Victory, Conquest) - 48 : 26-27
"While the Unbelievers got up in their hearts heat and cant - the heat and cant of ignorance,- Allah sent down His Tranquillity to his Messenger and to the Believers, and made them stick close to the command of self-restraint; and well were they entitled to it and worthy of it. And Allah has full knowledge of all things". (48:26)
"Truly did Allah fulfil the vision for His Messenger: ye shall enter the Sacred Mosque, if Allah wills, with minds secure, heads shaved, hair cut short, and without fear. For He knew what ye knew not, and He granted, besides this, a speedy victory". (48:27)
Yunus - 10:86, 85-86 & 88
"They said: "In Allah do we put out trust. Our Lord! make us not a trial for those who practise oppression;" (10:85)
"And deliver us by Thy Mercy from those who reject (Thee)." (10:86)
Moses prayed: "Our Lord! Thou hast indeed bestowed on Pharaoh and his chiefs splendour and wealth in the life of the present, and so, Our Lord, they mislead (men) from Thy Path. Deface, our Lord, the features of their wealth, and send hardness to their hearts, so they will not believe until they see the grievous penalty." (10:88)
p/s:pic is credited to maryam jameelah from her facebook
No comments:
Post a Comment