Tuesday, February 3

Tafaal

Alhamdulillah~Akhirnya ketemu jugak dengan lirik lagu ni...especially terjemahan lagu..
Tafaal? Maksudnya, 'Optimis'
Saya copy paste untuk kawan-kawan yg menjenguk kat sini..
moga dapat kuatkan hati di kala ini jge~


Tafaal - Muhammad Al-Husayyan


Optimisnya daku selalu
Dengan Tuhan yang Berkuasa
Dengan Tuhan yang Maha Mengasihani, Pelembut & Mengetahui

Jalan Allahlah yang menghidupkanku
Daripada kesedihanku
Dia menyelamatkanku
Dan mengambilku kepada keampunan
Dan kemenangan selepas kekalahan

Ilahi Engkaulah Pemilik Kelebihan
Dengan penuh Kemurahan menemuiku
Ilahi tiada tersembunyi daripada-Mu
Segala perbuatan insan hamba-Mu

Aku hamba aku berdosa
Dan jalan kejahatan menyesakkanku
Dan kutukarganti hadiah daripada-Mu
Dengan menjauhkan diri dan tidak mengendahkannya

Aku kembali kepada-Mu setulusnya
Dan gentarku pada-Mu membuatkan kumenangis
Dan tidak seorangpun yang bertaubat kecuali
Engkau ampunkannya dengan redha

Ketenangan hidup tidak mampu dihadiahkan (kepada sesiapa)
Tidak dapat dibeli dengan apa jua harga pun
Alangkah bahagianya daku dengan Rahmat-Nya
Dan alangkah bahagianya daku dengan keimananku

Wahai Tuhan sampaikanlah harapan
Ampunkanku ketergelinciranku
Dan gapailah tanganku daripada dunia
Kepada cahaya-Mu dan syurga-Mu

Terjemahan : WeWR Entertainment
Nota Terjemahan (Jangan dibuang kalau copy paste tempat lain)----------------*
Terjemahan tidak secara harfiah. Berdasarkan maksud yang ingin disampaikan oleh penulis lirik.
** Atuf atau Atfin = Boleh diertikan sebagai pemurah, pelembut, dan pengasihani.

No comments: