Monday, July 6

the events.

salam~

Rindu blog. Lama sudah tidak di up-date.Kononnya tak sempat, sebab kononnya sibuk sangat dengan aktiviti-aktiviti kolej..daripada Ladies Nite, sampai Sports Carnival...bersambung pulak dengan Charity Nite Dinner (eventhough bukannye terlibat secara besar-besaran pun).

Masa Ladies Nite kena siapkan tayangan video, tapi fail untuk siapkan - tak tahu kenapa teknologi tidak mahu memberi kerjasama saat itu. Serius sedih. Senyum plastik sepanjang malam sampai esok dan hari-hari seterusnya. Kesian kat pelakon-pelakon and director (Nad Kecik) kerana mensia-siakan titik-peluh diorang. Even message pun tak dapat disampaikan dalam video tuh. Terima kasih sony vegas dan speaker Acer yang menghancurkan harapan kami. *dah tahu salah sendiri takgi review video/dvd maker betul-betul dan terlupa speaker Acer ni memang hampehs*. Maka, hangus terus hari-hari itu tanpa menghiraukan makan-minum dan buku.

basketballer no. 5

Habis cerita Ladies Nite. Bersambung pulak dengan Sports Carnival. Nasib baik anggukkan kepala untuk main dua games jer - the favourite ones; volleyball dengan basketball. Rindu gak nak main futsal, tapi dah berapa tahun tinggalkan sports tu eh? Sure bukan-kaki-bangku-besi ni berkarat juga. Jangan sebut lagi ajalah, senang cerita. Tapi, tak lupa juga, congratz untuk pasukan futsal! Cayalah! Volleyball-my most favourite game...tapi, kalah.. kalah teruk. Sedih jugak. Serius tak puas main, after all the efforts and training tuh..Tapi, takpe lah..bukan rezeki. Senyum plastik lagi, memang orbicularis oris dan semua facial muscles berperanan besar. Alhamdulillah, berfungsi baik. Basketball - the least chance to win. It was otherwise! hehe.. Alhamdulillah lagi.. *maaf lah kalau ada terkasar aksi masa games, thiqah kurang jaga*.. Diakui, memang timbul banyak isu masa Sports Carnival. Nampak gayanya, macam tersalah tiup semangat - semangat kesukanan bertukar jadi semangat api kot? maaflah, saya tergelak jer tengok wayang hidup ni. Malas masuk campur, rajin-keluar-tolak je lah ye...*_*


teammates and batchmates - chill-eaze bersatu.


Charity Nite Dinner? Of course saya takde story since I wasn't there unlike last year.
Tapi, saya tetap tak rasa rugi tak pergi, simply because saya memang tawar hati nak pergi. Bak kate inche' faeiz, tak cukup gula...haha... Tapi, geram juga masa duk kat rumah, asyik black-out pulak. hehs!! Rasa jugak nak melepak kat rooftop kira bintang, tapi bintang lak sembunyi sebalik awan - musim hujan! huhu...Luckily, Ain masakkan italian food - sphagetti kuah puteh (ape name die ntah) ngan nachos (ok, jangan terkejut. nachos = kerepek kentang yang dijual kat csm tuh). Heaven! Thanx, Ain!

Tamat sudah semuanya semalam. Keputusannya, Chill-Eaze (pioneer batch) menang! Alhamdulillah. Apa-apa pun,harap ukhwah semua orang bertambah erat walau apa pun kisah yang telah berlaku sekali pun.
part of chill-eaze de' pioneers on final day of Sports Carnival.

Lastly, tahniah besar-besar buat diri sendiri sebab berjaya menyibukkan diri dengan ehwal duniawi yang tak kan pernah habis...sedar-sedar, next week dah IA 1!! Topik-topik yang masuk bukan sikit-sikit, kena pulak Opthalmology, EnT, dengan Community Medicine! Barulah nak sedar diri kena baca buku dalam tidur sekalipun, kena mengagguk-angguk dalam kelas dengan mata kuyu walau satu habuk tak faham. Tak pasal-pasal balik kena revise tahap cipan. Pastu pulak, baru sedar, tak start lagi puasa! Rejab dah lama masuk nih! Kira-kira balik, rasanya mutaba'ah slow kalah siput mengengsot! Get back on track, pls~


p/s: poket saya hampir nyawa-nyawa ikan, semuanya gara-gara dio. Maka, kena buat penjimatan terancang la lepas ni..huhu~

No comments: