Saturday, May 29

Obsessive Compulsive Disorder

Kosong, kan? Selalunya kita tak habis-habis dengan perkara duniawi. Tak putus-putus mencari diri. Sekali terjumpa, kemudian hilang lagi. Ada terkadang terus dibiar hilang dan hanyut tanpa ada niat untuk kembali. Sebarang silap, diujar 'tak mengapa'. Kemudian, salah itu berulang lagi dan lagi. Sampai bila kan nanti boleh diletak noktahnya. Lagi menduga iman tatkala permasalahan baru beranak-pinak bagai cendawan subur selepas hujan. Haru-biru.


Ini dunia, sedar dan mungkin tidak sedar berlaku. 
Wataknya, termasuklah kita- saya dan kamu.
Dulu, zaman sekolah.. Rajin je baca buku, taat je ikut undang-undang sekolah. 
Rajin je baca kitab, saban minggu wajib khatam buku luaran (bukan buku sekolah).
Buku sekolah sah wajib khatam sebelum exam. 
Solat tak tinggal, wajib jemaah lima waktu. 
Aurat ditutup rapi, tak kisahlah fashion-trend tu macam mana. 
Jalan dua-dua dengan bukan muhrim pun malu bukan kepalang.


Sekarang? Kitab pun kadang-kadang je bukak. Tu kalau ada free time
Undang-undang? Pergh! "Rules are to be broken!". 
Textbooks? Huh, tersusun megah melangit tinggi..tapi, bukak pun jarang sekali.
Yang lain, perkara fardhu 'ain pun, entah ingat, entah kan tak. Kalau disoal balik, sah fail.
Perkara fardhu kifayah? "hah? apa ek?"
Paling haru, halal-haram pun boleh confuse
Ada orang cakap, matlamat boleh halalkan cara. Sampai judi pun boleh buat.
Bagaimana pula tu?


Masalahnya ialah masalah tak dapat diselesaikan kalau asyik ligat pada masalah saja.
Exit tak dicari ikut mana, so masih berada di circle masalah yang sama.
Akhirnya mereput bersama dosa dan noda. 
Wa na'uzubillah.


فاستقم كما أمرت ومن تاب معك ولا تطغوا إنه بما تعملون بصير
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan (Huud : 112)
Ini salah satu exitnya. ISTIQAMAH.
Istiqamah bukanlah perkara mudah, jentik jari boleh buat lagi. Perlu punya niat berserta keazaman yang tinggi. Biar sedikit-sedikit tapi selalu, sokmo. Tapi, jangan banyak, tapi jarang-jarang. Yang bagusnya, banyak dan selalu. Orang kata, biar continuity tu ada, bukan bersifat 'touch-and-go'. Untuk bermula, mungkin juga sukar. Perlu mengaplikasi OCD (Obsessive Compulsive Disorder) juga agaknya. OCD dalam beramal tiada salahnya.
Sikap obsess dan memaksa ini perlu untuk berubah. Kita perlu obsess dengan apa yang kita buat, bukan setakat melepaskan batuk di tangga. Mesti teramat suka dan obsess semasa study, obsess nak tambah amalan dari mengganti puasa wajib dengan menambah puasa sunat, dari solat wajib lima waktu kepada menambah amalan sunat rawatib dan dhuha. Perlu compulsive untuk melakukannya, paksa diri duduk sejenak bertafakur dan zikir selepas solat. Tahan diri dari perkara lagha. Berhenti menjadi malas. Jadilah planner dan organizer yang melaksanakan.



إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلآئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُواْ فِيمَ كُنتُمْ قَالُواْ كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ قَالْوَاْ أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُواْ فِيهَا فَأُوْلَـئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءتْ مَصِيرا


Sesungguhnya orang-orang Yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat Dengan berkata: "Apakah Yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang Yang tertindas di bumi". malaikat bertanya lagi:
"Tidakkah bumi Allah itu luas, Yang membolehkan kamu berhijrah Dengan bebas padanya?" maka orang-orang Yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. (An Nisa:97)

Tiada yang mahu ke 'tempat' itu. Maka, wajiblah berhijrah daripada malas kepada rajin, daripada pembenci kepada pemaaf, daripada 'tiada-apa-apa' kepada 'ada-almost-semuanya'. Dari bawah tempurung ke luar tempurung. Dari 'dalam-kotak' ke 'luar-kotak'.


Rasulullah bersabda :
: (( لا يستقيم إيمان عبد حتى يستقيم قلبه , ولا يستقيم قلبه حتى يستقيم لسانه ))
Tidaklah iman seorang hamba itu lurus (istiqamah) hingga hatinya istiqamah, dan hatinya tidak akan istiqamah kecuali lisannya telah istiqamah (HR. Ahmad).

No comments: