kukatakan entah
pada soalan itu
kubiarkan
pertanyaan itu
tanpa jawapan
tiada ungkapan ideal
yang membenarkan
jawapan itu
dideskripsikan
entah..
tak tahu..
apa-apalah..
kosong benar jiwa
tiada ucapan
membenarkan kehadirannya
tiada laku
mengizinkan penerimaannya
tak tahu dari mana
sinar cahaya itu datang
untuk mewarnai spektra yang
telah sedia
bergemerlapan
sedangkan pemiliknya pula
entah siapa
aku sendiri kekeliruan
itu dia satu
refleksi perasaan
yang dihijabkan
oleh diri sendiri
hanya kerana
cinta ini hanya untuk
Ilahi Rabbi
No comments:
Post a Comment