salam ramadhan (sepertiga terakhir yang tinggal) buat semua
saya membuat entri lagi kali ini, di tengah-tengah medan kesibukan mengutip waktu untuk belajar yang masih tinggal.
Laporan jurnal hari ini.
Tanggal 20 September 2008 (lagi seminggu sebelum pulang ke Malaysia! :) )
Saya berpuasa seperti biasa (pastinya), dan berdoa agar puasa saya diterima-Nya, insyaAllah.
Hari ini saya berkeputusan untuk pergi membeli-belah, membereskan proses muamalat saree dengan Dulhan, (my 'shopping headquarters'-bos Dulhan yang tawarkan, sebab banyak shopping saree kat kedai dia). Alhamdulillah, kali ini terjumpalah saya dengan saree yang cantik-cantik untuk warga yang mengirimnya. (harap-harap diorang berpuas hatilah ye). *wink*wink*.
Perjalanan saya dan Khazirah (skema nama anda di sini, cik Kz :) ) ke Commercial Street kali ini bermula dari MS Ramaiah Memorial Hospital dan melalui jalan yang bukan sebagaimana biasanya. Pakcik auto membawa kami 'bersiar-siar', (dengan husnuzzhonnya kami beranggapan dia mahu mengelak dari traffic jam sebab hari ini hari Sabtu). Entah mahu dikatakan perjalanannya agak jauh, tapi bukanlah perkara tersebut yang mahu saya ungkitkan di sini.
Sepanjang melayan sikap suka termenung semasa dalam perjalanan (memang kerja saya, ketahuilah!) saya terpandang seorang lelaki, bukan kehensemannya yang menarik minat- sebab masih budak sekolah. In fact, masih berpakaian sekolah! Saya sebenarnya sangat tertarik pada usahanya. Meskipun masih dalam keadaan beruniform sekolah, tapi dia gigih mencari rezeki dengan menjaja stokin di simpang traffic light. Dengan menyandang beg sekolah berbentuk segiempat yang zipnya sudah rosak; hanya kepala zip yang berfungsi untuk tidak membiarkan isi begnya terburai keluar, dia rela menebalkan muka, menyapa pemandu-pemandu yang berhenti di simpang itu untuk membeli walau sepasang stokin yang dijualnya. Rautnya langsung tidak meminta simpati, tapi hanya kecekalan tergambar di wajahnya. Mungkin hati ini terlalu mudah tersentuh agaknya -hanya melihat dan pandai-pandai membuat andaian pula tu.
Sesungguhnya, saya benar-benar bersyukur kerana saya bukanlah insan yang dilahirkan untuk menghadapi kesukaran sepertinya. Tapi, dalam diam saya mengucapkan tahniah buatnya kerana mempunyai kecekalan hati untuk berdiri sendiri; setidak-tidaknya dia bekerja untuk menampung keperluan dirinya. Saya (tak pastilah orang lain macam mana ek, pastinya ada variasinya sendiri, itu saya pasti) diberi kesenangan sejak lahir hingga kini, diberi laluan mudah oleh-Nya untuk mencapai cita-cita yang semakin pasti. (Alhamdulillah, syukur atas nikmat-Nya). Sebaliknya masih ada orang lain yang berkeringat, membanting tulang untuk menggapai hasrat yang belum pasti dimiliki, meski dalam usia yang jelas masih sangat mentah. Semoga dia dikurniakan kemudahan, dan disinari nur Islam dan iman dari-Nya. Aameen.
Maka, saya berharap diri saya sendiri, meski terdampar di gurun Deccan, di sebuah negara yang masih membangun dengan kebanjiran bilangan rakyatnya, agar tidak pernah terlupa untuk mengucapkan syukur, sekurang-kurangnya ucapan 'alhamdulillah' tidak lekang dari bibir dan menghayatinya jauh di sudut hati kerana dapat hidup senang-lenang (pastilah jerih-payah hafal buku medik dikira kesusahan, but it is a part of sacrifice we pay for it!).
Begitulah seadanya menungan saya dalam auto hari ini. Terima kasih pakcik auto kerana bawa kami 'jalan-jalan melihat alam' hari ini. Akhirul-kalam, semoga pengajarannya jelas di ingatan saya, (dan kalau ada orang baca - saya alu-alukan untuk mengisinya di minda juga *wink*).
Selamat terus berimtihan buat Bangaloreans -team medical IMS lah tu pastinya. Kuat2 deh sebab kite nok balek dowh niy..hikhikhik..(tiga orang yang tak balek tu terkecuali yer..;p - tapi ni pesanan ikhlas dari penaja; jawab exam elok2 krn perjuangan kita tidak selesai hanya di IA2).
Sayonara NKBS, hinggalah exam practical snart_sina berakhir~ jaa ne!
No comments:
Post a Comment