Salam aleyk! Sekian lama tak jugek tak apdet kat blog ini. maka beta dengan bersantun memohon ampun. mungkin kirenye sempat lagi beta mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN kerna hakikatnya kita masih lagi di bulan Syawal. walaupun secara tepatnya, memang deorang neh tengah meraikan Diwali dengan mercun-mercun yang membingitkan tympanic membrane (sampai macam nak pecah).
Well, entah cemane buleh tak sempat nak apdet. Mungkin sebab bile balek raye, jaringan tenet tu takde kat rumah-> malas topup home prepaid sebenarnye. kemudiannya pula, laptop telah dihantar ke kedai untuk diapgredkan. elok jugak lah kirenya, takdela melekat dengan laptop je. bole la gi tolong kopek bawang, bersih ayam, (xbuat kue raye..maen beli jer)..haha...
o yea, pasal membersih ayam, mengopek bawang neh...ada dua pasangan pengantin untuk diucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU, MOGA KEKAL BAHAGIA SAMPAI ANAK & CUCU.
Diorang tu ialah; kak nor dan abg yo,dan juga ex-rumet saya; sofizah, dan zaki. kedua-duanya selamat akad pada tarikh yang sama, mungkin agaknya masa beza-beza. So, for my ex-rumet ni, dia & zaki ni ialah first couple of IMS to get married. TAHNIAH! Alhamdulillah...Selamat beraturlah sahabat-sahabat yang lain sekeliannya. tak perlu nombor giliran. Rasa istikharah tu dah terjawab, teruskanlah hajat. InsyaAllah dipermudahkan. hehe...*wink*buat manusia2 yang paham tu*
Seterusnya, a report from JaSSI 2008. Wah! Alhamdulillah..It went very well...
Diri sdiripun balek tertido-tido lagi, letih sangat... tapi, terasa cukup terisi dan dibawa kembali ke matlamat asal yang sebenar, saat membuat keputusan dan doa sebelom dapat result A level lagi...Syukur alhamdulillah...Semoga diri sndiri dan sahabat2 yang lain berisitiqamah dalam perjuangan yang bukan hanya pada fizikal dan mental, but it requires our best self-esteem and spirit jua. Dan, secara rasminya..maka tertubuhlah IMAM-India Student Chapter, bersaksikan Nandi Hills,Bangalore...Erm...pics and video bakal diupload sooner. Tunggulah masanya. And ade special CDs for this event also. Tak pastilah permintaan masih dibukak ke idak. Apa-apa pun Selamat Maju Jaya buat semua.
Phase 2 people (final sem ones!), as said-FINAL SEM for phase 2, final struggle weyh...daku cuak tidak terkira, sebab Profesional Exam 2 dah dekat..bulan empat TU. Banyak nyer nak kene cover...
Maju..terus maju...
tidak lagi toleh belakang yang kelam...
Biar sirna jadi sinar,
cerahnya melebihi sinar mentari,
tidak lagi merenung nasib diri..
tapi melangkah dan berlari tanpa henti..
mencorak masa depan yang semakin pasti
takkan kami lepas lagi tali-Mu ini..
maka restuilah kami di jalan dakwah-Mu.
o yes! ni ha..maka beta terketemukan artikel best kat iluvislam. untuk dikongsi bersama, layankanlah...sama2 kita menguatkan diri beramal kerana-Nya..EnsyaALLAH..
Peringatan Bagi Pejuang Islam
Berkata As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna:
1. Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan berat. Para Mujahidin itu adalah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi Inayah dan Hidayah oleh Allah.
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk" (Al-Qashash:56)
"Dan barangsiapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam" (Al-Ankabut:6)
2. Sesungguhnya ujian-ujian Allah adalah PROSES PENAPISAN, untuk menapis orang yang benar dan yang bohong; orang yang beriman dan Munafik; orang yang sabar dan gopoh.
"..dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir" (Ali-'Imran:141)
"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk(munafik) dengan yang baik (mu'min). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya. Kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar" (Ali-'Imran:179)
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antar kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu" (Muhammad:31)
"Musa berkata kepada kaumnya:'Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa" (Al-A'Raaf:128)
3. Sesungguhnya da'wah berdiri di atas keazaman, bukan di atas kemudahan.
"Allah berfirman:'Jangan takut (mereka tidak akan dapat membunuhmu), maka pergilah kamu berdua dengan membawa ayat-ayat Kami (mu'jizat-mu'jizat); sesungguhnya Kami bersamamu mendengarkan (apa-apa yang mereka katakan)," (Asy-Syu'araa':15)
4. Orang yang beriman apabila diganggu Syaitan, mereka cepat sedar dan kembali kepada Allah.
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. Dan teman-teman mereka(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya(menyesatkan)" (Al-A'raaf:201-202)
Wahai saudaraku, hendaklah kita tetap berada di atas Jalan Da'wah ini. Sesungguhnya janji-janjiNya adalah benar.
credit:
http://www.iluvislam.com/
Editor: deynarashid
No comments:
Post a Comment