Erti pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail demi Tuhannya diselami dan dihayati sebolehnya. Bukan setakat membaca sirah, bahkan dikutip intipati cinta terhadap Pencipta. Manis.
Bersama berkongsi ceritera suka dan duka dengan penghuni bumi lainnya, tidak kira beza rupa, warna kulit mahu pun beza kasta. Dan sekaligus menyebarkan manisnya iman bersama sahabat lain jua.
Bumi Bangalore seperti biasa meraikan eid, mahupun ramadhan lewat sehari dari tempat lain (nota:Malaysia). Pagi bermula dengan agak rushing dengan memandu kenderaan-2-tayar-7105 merentas dinginnya pagi Bengaluru di musim sejuk dengan hanya berbaju kurung. Kuat getaran di hati tatkala melaung takbir raya, getar khoshyah bergabung dengan emosi rindu kan kampung lebih-lebih lagi keluarga tercinta. Noktah. Biar rindu itu bermakam sepi tanpa air mata mengiringi.
Solat raya di tingkat tujuh kolej. Penuh. Dihadiri pelajar-pelajar IMS sendiri yang sudah mencapai batch keempat. Oh, kami The Pioneers memang dah makin tua! Ibu-ibu dua sahabat turut menyertai sambutan eid di sini. Menambah meriahnya sambutan eid kali ini.
Sambutan diteruskan dengan pertandingan inter-batch; nasyid untuk duktur. video iklan untuk dukturah. Alhamdulillah. The Pioneers punya tempat di hati pengadil =). Auditorium hall penuh macam sardin. (baru 4 batches ni...). Makanan yang disediakan pun sedap. Cuma perut masih buat gaya-gaya manja-campur-reluctant menerima pedas. Al-maklum, darah Terengganu terlalu sebati dalam diri, perut pun sama skali lah. Meriah. Memang cukup meriah menyambut bersama teman.
Dan, rasa bagai dah nak pengsan pulak bila ingat third IA is coming very soon. Followed by Final. Heh. No more play-play ah! Baca buku, kayh..And to readers aka teman-sahabat-handaiku out there: ingat daku dalam doamu. doakan kejayaan sentiasa. ameen.
salam 3id-l-adha 1430H.
(ini banner[copyright] kolej untuk eid kali ini, sy letak sini sbb tiada kerajinan mengadobe yg baru)
No comments:
Post a Comment