Sunday, November 1

pogoshipta!

>.<
errr... SAYA RINDU. maaf, blog ni dah jadi tempat curahan emosi. kalo taksuka baca, boleh klik bharian.com.my cukop! haha. (rasa macam ayat dah berubah macam a certain person jer? whateverlah~)

Alkisahnya, pagi tadi selepas berusrah bersama adik2, saya langsung pulang ke rumah. Sebaik sahaja menutup pintu, tiba-tiba loceng rumah pula berbunyi. Saya biarkan ahlul-bayt lain menyambut. Entah siapalah yang datang...

Lebih kurang 10 minit kemudian, kedengaran pula ketukan pintu. Bertalu-talu. Sungguh tak sabar bunyi ketukannya. Ok, saya mula cuak. Siapa? Dan siapa pula yang datang tadi? Langsung saya capai tudung dan pintu dibuka. Al-maklum, di sini banyak jer masalah dengan orang tempe. Entah apa-apalah masalahnya yang nak timbulkan pergaduhan. (orang tempe = orang tempatan)

'Eh, pakcik mana pulak ni?', hati kecil berbisik. Bukan pres of residents pun. Bukan jugak pakcik electrician tuh. Pak guard sah memang bukan. Orang CitySuperMarket pun bukan.

"I live in 22", pakcik tersebut bersuara sambil menuding jari pada nombor pintu rumah. Ya, tak dinafikan, memang nombor 22. Tapi?!

Raut wajahnya sudah pelik, ada sedikit kerut, saya andaikan dia sudah mula keliru kenapa ada Malaysian student di rumahnya. Saya apatah lagi, confused jugak tiba-tiba ada orang mengaku that's the house he's living in.. 'Pakcik ni tinggal sebelah kot?'. Saya membuat andaian.

"I guess maybe you're living next door?", macam apa pulak soalan saya. Tapi dah namanya keliru, apa-apa ajalah. Pakcik tersebut mengulang ayatnya lagi, "I'm living in 22". Dia mula membuka langkah meninggalkan pintu rumah, perlahan, masih tertera kekeliruan di hujung kata-katanya.

Lagaknya merisaukan. Fikiran saya mula membandingkannya dengan arwah ayah yang sudah pergi. Ada aura masalah kesihatan yang sama. Saya langsung menurutinya.
Pakcik tersebut langsung mengulang ayatnya dan menambah "H-block". Ok, saya mula faham. Pakcik ni dah tersalah blok! Minda aktif berfikir, agaknya pakcik tersebut mengalami mild stroke (owh, saya tak pastilah ada ke term ni dalam medicine? huhu), berdasarkan gait yang kecik-kecik, cara percakapan yang nak-tak-nak bukak mulut, respon yang agak sedikit lambat, dan symptom lupa.. Sama macam ayah dulu-dulu.. Dan, saya mula rindu.. Sangat rindu.

Saya memintas langkahannya, membawanya menuju ke blok H. Sempat saya memerhatikan tingkahnya sementara menunggu lif turun ke basement. Pernafasannya sedikit tercungap-cungap, hanya setelah beberapa langkahan dari rumah saya. Dan hati ini mula tersentuh. Warga geriatric ini memang sudah berjaya memecahkan empangan rindu di hati yang sudah lama tinggi dibina. "Ya Allah, kuatkan hatiku!". Saya langsung membawanya ke blok-H dan bertanyakan sedikit sebanyak tentangnya. Responsnya agak lambat, namun saya hanya biarkan. Sekadar berbasa-basi dengan orang tua sebagai tanda hormat.

Dan akhirnya sampai sahaja di rumah, saya akur. Emosi ini terlalu kuat...Dialah motivasi saya, dialah semangat saya, dialah sayang saya, dialah guru saya, dialah pelindung saya, dialah segalanya bagi saya. Dan empangan itu pecah temboknya.

So, moral of the story...andai ada blogreader berjaya membaca entri ini hingga ayat ini, saya sarankan hargailah parents anda yang masih ada, berbaktilah pada mereka, jangan sesekali mengeluh pada arahan atau larangan mereka dan manjakanlah mereka bagai mereka telah manjakan anda masa kecik2 dulu. Mereka bagaikan satu persinggahan suatu kasih yang tiada tepian, anugerah dari Tuhan. Berusahalah untuk tidak sia-siakan mereka walau sesibuk mana pun, tanyakan khabar mereka meski sekali dalam seminggu, at least...

AlFatihah buat ayahanda tercinta.
-Kasih anakmu tidak kan pernah surut buatmu-

2 comments:

Salsabila said...

e,
kuatkan semangat!
marilah same2 kita doakan kesejahteraan parents kita...

"rabbirfirlana waliwaalidaina warhamhuma kama rabbauna sirooro"

ilhami abdul rahman said...

ameen~

thnx nani :)