Thursday, February 4

bosan jadi diri sendiri

Puncak Humanisme: "aku tak nak hipokrit dengan hidup! kalau tak suka tutup aurat tak payah tutup aurat!".... ini yang berlaku bila nafsu kemanusiaan diagungkan..

Saya quote status Anas di facebook. Tiba-tiba terdetik di hati untuk mengomel di blog.

Saya setuju dengan statement pertama. Absolutely agree! Hipocrite = a person pretends to be what he is not. Kenapa nak jadi orang lain? Aku adalah aku. Kita ada potential sendiri untuk digarap. Kita unik sejak lahir. Kenapa mesti kita berlakon jadi orang lain; contohnya rajin study macam budak distinctions, baik macam ustaz ustazah? Pakai jubah macam pak dan mak arab.

Tapi, mungkin hamba Allah ini lupa..menutup aurat itu adalah WAJIB ke atas semua umat Islam.

WAJIB. Maka jatuhlah ia dalam kategori TANGGUNGJAWAB yang MESTI dilaksanakan.Contoh, belajar itu tanggungjawab seorang pelajar, tak kisahlah belajar tadika, sekolah menengah mahupun medical school. Sama je semua. kalau tak menjalankan tanggungjawab pada diri sendiri, dah zalim namanya. Zalim pada diri sendiri. Ini bukan menghukum, tapi hakikat. Diri kita sendiri punya hak untuk dihargai - dengan cara menutup aurat, menyembunyikan mana-mana yang flaws, merahsiakan mana yang tersangat bagus - yalah~ untuk pelaburan masa panjang. Analogi mudah nak faham, sekali ada duit biasiswa masuk, sanggup kah untuk berbelanja semuanya sekali harung? Samalah dengan konsep aurat, mana aci main wajib tayang semua.

Besides, it's not an issue of being another person anymore, but BEING YOUR TRUSELVES. Why 'being your  truselves? Because you're a muslim. Itu adalah identiti kita yang sebenar. Terlupa barangkali, Islam bukan terhad hanya pada solat, puasa Ramadhan, sambut raya, solat raya, pergi haji et al. Tapi Islam itu ad-Deen, suatu cara hidup. Islam menyuruh menutup aurat, itu cara berpakaian. Tak kisahlah pakai ikut fashion trend mana sekalipun, ikutlah Korean style kalau anda pengikut Hallyu, English style kalau anda suka gila Robert Pattinson, Arabs style mahupun Indian style sebab tu ialah negara saya belajar. But, back to the basic, tutup aurat sebab itu suruhan agama. Nak pakai saree pun boleh, tapi pakai yang tutup perut lah.




Contoh lain, taknak belajar rajin-rajin, sebab takut jadi pandai. haha. Bila pandai, cikgu dan lecturers give high expectations. So, kena maintain. Kalo tak maintain, nanti kena hentam. Takpun, bila pandai gila, sekali tak dapat jawab exam, nanti rasa down gila-gila. Sekadar contoh untuk tidak diikuti. Tapi, cuba kalau kita fikir sebaliknya, belajar rajin-rajin macam budak-budak distinctions, cikgu dan lecturers pun dah tengok. Tunggu nak maintain performance je. Then kita usaha lagi untuk maintain performance. Sekali tak dapat jugak jawab exam sebab unexpected questions - cam ophthal hari ni ke.. So, tak perform IA kali ni. Rasa down gila-gila, pastu lagi rajin pergi jemaah kat surau. Rasa tenang. Dan last sekali rasa lagi dekat pulak dengan Dia.So, takde dah duk stress je kerjaan. Sebab kita tahu dah ada Dia untuk back-up kita. Betul, kan? ;)

Kita tak hipokrit, tapi kita buat apa yang memang kita kena buat.
Kita tak hipokrit, tapi kita mahu menjadi lebih baik dengan melakukan perubahan positif.


Sama-sama refleksi diri, sama-sama baiki diri. Allah tak jemu mendengar doa dan taubat hamba-Nya.



promo

say NO to Valentine's Day.
say YES to EXAMS MONTHS! hehe

2 comments:

ainun said...

cantik layout baru ni..... suka. nice entry...

Heimlich Tahir said...

is it a compliment? hehe..thnx by the way =)

layout ni ok skit, tak serabut sket cam hari tu...