Tuesday, March 2

filem hindustan?

Apa komen anda? Okeh, saya rasa sakit telinga dengar mandarin - sebab dulu duk tengok cerita mandarin jah. Saya dah mula naik muak bila dengar bahasa jepun - atas sebab yang sama jugak. Begitu juga bahasa korea, walaupun saya ni memang dah diketahui sebagai antara sumber drama korea dan jepun. Akhirnya, saya tukar halwa telinga, HINDI! Instead of the fact that I'm living in a country called INDIA. haha.

Filem hindi? baru mula cerita sikit dah keluar lagu, tukar-tukar baju yang warna-warni, menari-nari tengah jalan. Sinonim. Dulu dan kini, tak banyak bezanya. Cuma ada sesetengahnya sudah mula semakin matang. Semalam saya berjaya membuang masa ke panggung wayang. Saya tidak bangga kerana menjejakkan kami ke sana, tapi oleh sebab itu ialah filem 'My Name Is Khan', saya gembira kerana sebenarnya saya tidak membazir masa. Untuk makluman, orang lain study sakan kat library tau!

Hindi 1
MNIK-My Name Is Khan, sebuah filem arahan Karan Johar, Produksi bersama Shah Rukh Khan yang mana membintangi filem tersebut bersama Kajol.

Dan sudah mula menjadi tabiat baru saya- menghafal skrip-skrip penting filem.

"Mr. President, my name is Khan, and I'm not a terrorist" -Rizwan Khan (Shah Rukh Khan). Amerika, tolonglah buka telinga dan mata anda!

"Not Kan, Khh--Khh--Khhaa-Khhaan, from epiglottis,Kha--Khaaa-Khaann", -Rizwan Khan (Shah Rukh Khan). Haha. sila betulkan makhraj huruf anda.


"But I cannot repair your knee" -Rizwan Khan, after taking a glimpse to his 'repair almost anything' cardboard.

And many more. Rugi kalau tak tengok. Asalnya, hajat untuk tunggu torrent link keluar, tapi sudah hilang sabarnya..hehe.

Isunya tidak kecil. Mesejnya itu yang utama. Tapi, Karan Johar-pasti tidak lari dari tema cinta-lah!




Hindi 2: Tiga Orang Tak Betul - The 3 Idiots

Filem ini nak kata baru, tidak jugak. Nak kata lama pun idak. Keluar hujung tahun 2009. Lakonan Amir Khan. Dan kalau produksi oleh pelakon terkenal dengan low-profile and out-of-the-box character nya, maka udah jelas, mesejnya juga pastilah keluar-kotak! Tidak lupa filemnya tidak lama dulu - Taree Zameen Par. Filem Amir Khan tidak setipikal filem hindi lain- Cinta. Cinta. dan cinta. Filem 3 Idiots ialah sebuah adaptasi daripada novel Chetan Bagat. (Saya baru beli bukunya! ;)  ) Bergenre komedi, berkisarkan tiga pelajar engineering di kolej kejuruteraan ternama di India. Basically, that's how India's education is, quite typical and similar.*bersyukur tak masuk hostel cam diorang*.

Antara dialog dikutip dari filem ini..

"All is well..all is well..all is well.." -Ranchodas (Amir Khan).




"If you wanna pass, then write from the book." - Prof

Saya tidak bercadang menceritakan sinopsis filem-filem ini. Sila google dan tonton ya! hehe. MNIK masih di pawagam, dan 3 Idiots sudah keluar link torrentnya.

No comments: