Saturday, September 29

exam dah beres, satu muhasabah.

salam aleykum

akhirnya, berpeluang nak mencoret di blog ini. setelah sekian lame menyepikan diri. (lame ker ek..???) ermm..sudah berlalu final exam, menduga iman btul...(btui3 ;p)

sepanjang exam, sy asyik terfikir perubahan apakah yang patut dibuat untuk lebih bersedia, lebih cemerlang dalam setiap peperiksaan. bagaimanakah untuk mengurangkan stress semasa menjawab soalan (pada pendapat saya, menghilangkan adalah perkara yang tak mungkin..). pendek katalah, macam mana nak appear as exam-seater yang well-prepared, xunderconfident, boleh tidur awal, boleh meletakkan rasa tawakal dengan yakin since malam nak exam. so that esoknya boleh bangun awal, xkelam-kabut ms jawab exam, xde barang tertinggal..etc2..

akhirnya, sy conclude pada beberapa solutions, berdasarkan pengalaman laa..

1. sebelum start kelas, berdoa spy Allah terangkan hati, cepat terima ilmu, dan ingat sampai bila2...blaja dengan niat kerana Allah, bukan sebab exam hujung tahun ini..

2. dalam kelas, beri perhatian dan fahami sebaiknya apa yng diajar. sebaiknya, review dlu apa yg akan diajar, fahami sikit2 dah memadai. dalam kelas, salin nota yg perlu. jgn salin by sentences.

3. lepas kelas, baca balik nota, baca reference book. reference books ni slalunye disarankan gune dengan banyaknye, sbb lagi kita paham secara dalam tentang sesuatu, lagi lame kita boleh ingat dan lagi senang paham. kalo xpaham, terusla bertanye kat cg2, atau lecturers.(yg ni, sy jarang buat, sbb suke tido. so, lepas ni kene rajin2 buat...)

4. buat nota siap2 mase bace. jgn salin ayat, buat ayat sdiri yg camne kite paham bende tu. gunela kaler2, jgn byk sgt...gune system color coding.(ni best!) cthnye, biochemistry ade byk enzymes..gune satu color nak bagitau itu ialah enzyme. cam sy, sy gune kaler hijau mude,substances yang block atau inhibit enzyme tu, saye gune kaler merah.

5.kalo rajin dan tak kesuntukan masa, melukislaa..lukis gambar yg kite paham. lagi senang ingat. hafal labels, tutup buku, baru label sdiri balek. nak gune plastik transperansi pun ok gak, kalo gambar tu rumit sgt..

6.lepas bace satu2 topik, rehat dlu..hafal balek, paham balek..tgk tv(tengok iklan dah cukup). untuk sekadar 3-5minit. mcm kat cni, iklan dia mmg 'cannot go', sbb plik2...best gak..secara tak langsung, boleh buatkan kita berfikir secara kreatif dan bukan 'straight forward' jer...slalunye, perkara2 lawak kite lagi senang ingat...

7.erm..pe lagik yer..solat hajat tiap mlm, jgn miss. bace ma'thurat pepagi dan petang..at least sekali sehari pun cukup. (yg ni nak kuatkan hati yang ilmu itu milik Allah) sbb kadang2 masa kita blaja, asyik2 menghafal jer. xrasa nak mendalami apa yang tersirat disebalik kejadian yang Allah tetapkan. pendek kata, sy slalu lalai. so, kenela ingatkan diri sdiri. kalo ade mase, hafal la Qur'an, sbb Qur'an tu penerang hati pembawanya (hafiz).

8. bile dah dekat nak exam...haa..penting ni, bersikap REDHA..kalo tak kita terlalu takut sampai xleyh membaca..almaklumla, medik ada banyak benda kene baca,hafal, volatile pulak tu. bila dah tengok buku tinggi separuh hasta, hrrmmmhh...alamatnya, babai, assalamualaikum.. pastu,masuk REM(rapid-eye movement) sleep. Sikap ni perlu ada hanya sekiranya kite study btol2 before exam (ie, dah study sungguh2,xtdo dlm kelas, xkoya2,bace buku btul2, dah paham btul2) kalo sebaliknya, hrmm..patut ade rase conscious untuk mnghabiskan apa yg patut, iaitu, study apa yg dah tertinggal itu.

9. pd waktu ini, yg penting ialah bezakan exam material ngn bukan..cemane tu? gunela buku2 soalan ke question bank ker.. sebolehnya, drp awal2 start blaja dah aim tajuk mane yg jadik favourite nak kuar exam. kat nota, tulis besar2..tajuk SPOT, buat list tajuk spot pun ok gak. nt, bile last minute nak exam, refer list tu, lebihkan study tajuk2 tersebut. Tp, jgn rely sgt dgn study topik tu sahaje. bacela jugak tajuk2 lain, perkara2 basic jgn dilupe.

erm..begitulah...sekadar reference untuk diri sendiri supaya lebih ingat untuk membaiki diri terutama teknik2 tu, asyik2 melagho jer keje...sampai terlupa menuntut ilmu itu fardhu 'ain, so xleyh laa main2...nak bawak pulak tanggungjawab yang besar. oklah..setakat itu dulu, sementara masih teringat (alang2 baru lepas exam), mencatat la sedikit apa2 yang patut. tp, setiap orang, berbeza caranya. fahamilah diri, ikut rentak sendiri, tapi ikut ilmu yang direncana Ilahi dan nabi.

ok..nak study (eh??), silap..selalu tulis camtu...sbnrnya, nak kemas2 barang..esok balek m'sia...kepada juniors yang baru datang, (kite naik fli8 same, tp selisih mase sedikit berbza..) selamat beraya di B'lore, selamat menyesuaikan diri di tempat baru. :)

ilalliqaa' wa ma'as salamah

p/s: insyaAllah, secara rasminya kutpm bakal bertaraf universiti..dengan gelaran nama baru..MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY...pada 2hb okt, di PICC. dah kene panggil name baru kat KIMS..jadik IMS..(pelik laa plak...xpe, lame2 nati dah xpelik dah..:p)

No comments: