salam aleyk..
mengambil sedikit masa yang ada untuk menghitung kembali perjalanan hidup 3 minggu yang lepas, selepas berakhirnya 3rd Internal Assessment.
Hrmm...basically, class mmg dah xde, duk rumah jer, blaja dengan slow. Alhamdulillah, result 3rd Internal Assessment yang lepas ok. tp, biochemistry perlukan lebih perhatian. hrmmm..tu setakat 1st and 2nd week, aim of study lebih kepada biochemistry. walau bagaimanapun, progress dilihat agak perlahan.
seterusnya, progress minggu ke-3 diteruskan dengan selang-seli anatomy dan physiology. Tiada komen yang dapat diberikan sementelahan esok bermulanya final exam. Rasanya, hati terlalu bimbang, dirasakan 'peluru' yang ingin dibawa masih belum cukup untuk menghadapi 'perang'.
"Man jadda wajada, wa man zara'a hasoda".
Didoakan semoga usaha dan tungkus-lumus yang dicurahkan selama dekat setahun ini membuahkan natijah yang baik dan menggembirakan, ameen. Tambahan pula, subjek yang lebih tough akan menyambut kami di sem depan (ie. pathology, pharmacology..etc). semoga diri lebih tabah dan kuat bersabar untuk meneruskan perjalanan kehidupan dunia. semoga iman terus meningkat, insyaAllah.
Insan yang berjuang tak pernah gagal dalam kegagalannya, kerana dia akan berusaha untuk menang dengan membaiki dirinya. Pejuang intelek diuji dengan peperiksaan, kerana di situ dia tahu di mana tahap inteleknya. Justeru diriku, kuseru kau untuk bangkit berpegang pada tali-Nya, kerana di situ usahamu tidak akan disia-siakan. Chaiyo'!
Semoga panggilan akhir ini dapat meningkatkan semangat juang yang semacam ingin meluntur dek stress yang datang tiba2 petang tadi.
Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang berjihad di jalan-Nya.
Allahumma laa sahla illaa maa ja'altahu sahlaa,
waanta taj'alul huzna iza syi'ta sahlaa
(terima kasih kpd tuan haji Abdurrahman atas doa ini..)
p/s: aim untuk distinction, yer e..
No comments:
Post a Comment