salam aleyk
kabare duniaku? waraskah ahlimu?
keif biimanihim? semoga semuanya dirahmati Allah.
terkejut hari ini, akhirnya, berita di Malaysia masuk paper India. It was described as "the country's most horrifying crime in years". Malaysiaku yang aman. Negaraku yang damai.
Selalu sahaja pabila diri ini jalan-jalan di bandar Bangalore, dan bertembung dengan muslim di sini.
muslim: where are you from?
saya: malaysia (senyum)
muslim: beautiful place, big and many mosques..
I'll go to Malaysia some time in the future.
saya: (smile, gembira, dan bangga)
Berita hari ini menggemparkan. Terkilan, nyawa melayang tanpa segan-silu meninggalkan jasad yang masih belum bersedia. Diaibkan manusia zalim kerana buasnya nafsu yang tidak dibatasi iman, paling tidak sekalipun sifat perikemanusiaan!(kalau bagi mereka iman bukan perkara utama)
Budaya murni hilang bagai kabus ditembusi cahaya matahari pagi. Tiada kesan, bak panas haba mentari menghilangkan dinginnya si embun.
(http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Nasional/20070921092836/Article/)
Mengapa ini yang menimpa generasi pembangun negara?
Tidak kuatkah kita menghadapi cabaran dunia global? dunia tanpa batasan?
Hedonistik duniawi yang dipilih untuk tidak dibataskan kadarnya?
atau kita nak salahkan iman kita yang rendah? kerana kita tak mahu berusaha meningkatkannya?
Salah kita juga...
Sebab tak mahu menggunakan akal untuk berfikir natijah perbuatan
Sebab tak mahu menurunkan ego menerima teguran
sebab aku tidak salah
sebab ajaran yang diberi tidak cukup
aku tak salah
beginikah?
Astaghfirullah..
p/s:kadang-kadang, sehingga terfikir takut untuk pulang ke tanah air, sedangkan eid mubarak makin mendekat :( takziah buat keluarga nurin jazlin, semoga iman kalian diperteguhkan Allah, dan semoga orang yang terlibat cepat2lah sedar diri.
No comments:
Post a Comment