Saturday, July 26

cerita kelas pharmacology

intro.

practical farmakologi yang digeruni. bukan kerana takut reactions antara drugs.
tapi takut kerana seminar yang diisi sebagai syllabusnya.
pembentang dipilih secara rawak oleh cikgu atan, HOD bidang tersebut.

cerita 1.

cik snart dan teman baiknya beria-ia menukar tempat duduk berbanding tempat biasa di dalam kelas. ujarnya, takut terpilih menjadi presenter sebab tempat tersebut bagaikan berhantu. siapa sahaja yang duduk di situ pasti menjadi pilihan cikgu atan untuk membentangkan topik.malahan menjadi ruang serangan sebarang persoalan yang diajukan secara tiba-tiba.cik snart risau, tak mahu terkena lagi. cikgu-atan-phobic! oleh itu, masing-masing bersetuju.

tidak lama kemudian, cikgu atan serta cikgu-cikgu farmakologi lain melangkah masuk.
cikgu atan memulakan bicara. orang pertama dan kedua ialah orang yang membarisi tempat duduk cik snart yang lama. 'fuh! nasib baik tukar tempat hari ni', ujar cik snart pd temannya. tersenyum gumbira penuh kelegaan. maka, berterusanlah seminar hingga ke topik ketiga. 'you!'. cikgu atan mengunjukkan jarinya pada cik snart. cik snart speechless! maka menjadilah cik snart pembentang yang ketiga. sekadar membaca nota yang ada. *credit atas bantuan besar cik kz.

p/s: 'kena jugak lari ke mana-mana pun~'

cerita 2.

cikgu vinod sedang membaca drug charts dalam lenggokan bahasa inggerisnya yang unik.
pelajarnya berusaha menadah telinga dan menyalin setiap bait perkataan yang diluahkan.
cik snart pasti adaptasi dengan lenggokan bahasanya akan mengambil masa. lebih-lebih lagi apabila membaca nama-nama drugs yang jarang-jarang masuk ke telinga cik snart.

cikgu vinod: niclos...(cik snart dan rakan-rakan tidak dapat mendengar dengan jelas..maaf ye!)

tiba-tiba, terdengar rakan cik snart dari belakang berkata kuat.. 'Nicholas Saputra!'

ooopss!!! *ketawa tertahan-tahan*

3 comments:

Cik Teh said...

hahaha..tumpang gelak juga..

firus andaman said...

sy favorite cikgu Atan, p bkn sbb present bestlah.....

ilhami abdul rahman said...

(cikgu-atan-phobic masa kelas practical -> seminar jer)..haha..
dalam kelas dia, same as u...