Thursday, July 24

salam rindu

salam aleyk~
entah apa-apa, pepagi buta memblog ;p mungkin sbb letrik asyik tak ada waktu siang. (ada kaitan di situ, ok?)
tadi, masa surfing kat frenster, terlihat gambar zahraa yang baru di primary foto kak nor.
aduh! terasa dihambat rindu yang membahang..sudahnya, ini yang saya lakukan di pagi hari.
sorfeena nabila dan adik ome (alamak! name..name..)
sorfeena nabila - mata bulat, sebulat wajahnya. memang sangat manja. bila saya duk kat rumah, bosan selalu menerjah. sebab sume orang pegi kerja, kecuali mak saya yang asyik berkebun kat belakang rumah. so, dengan dia la saya bermain hide&seek, terkejar sana-sini dalam rumah wan nya yang besar cam padang permainan itu. haha~ mak sedare dia yang ajar rupenye..

adik ome - sorfeena dan adik ome merupakan cousin. adik ome (nama penuhnya saya lupa laa...sebab dah melekat panggilan itu). adik ome - manja dengan ibunya tht is my 2nd sister. susah nak ajak main dengan dia sebab agak penakut. tahap penakutnya menjadi-jadi tatkala berhadapan atau mendengar suara dua orang pakcik dia, my elder (ayah ngah) and younger bro (pak su). nak tau mana tempat sembunyi dia kalau pakcik-pakcik dia ni usik? DALAM LANGSIR~ tiba-tiba nampak sepasang kaki kecik kat bawah, di sebalik gulungan langsir yang tergantung di muka pintu... pandai~pandai~ kalau mak sedare dia balik dari india, bole la bermanjaan sikit ye..kekeke..hakikatnya, saya bertambah rindu padanya~


alif fakhrunizan yang gentleman
alif nama panggilan. abangnya kepada adik ome. gambar ni diambil lepas dia memberi special pose depan nokia e65 milik saya tahun lepas. juga seiras dengan Oguri Shin - aktor Jepun dalam hanakimi (main actor-apa ntah nama watak dia) & hana yori dango (yang tak gigit epal tu). dia sangat susah didekati masa peringkat awal childhood. sama ada dia menangis atau akan mengamuk kalau diusik, meski bermain mata dengannya. jauh bedanya tika ini. kepulangan saya april lalu dihambatnya dengan pelbagai soalan. Antaranya,"ateh, ateh balek naik bas ke, kapal terbang ke, kapal beso?". bernada laju, kalah debater parlimen yang sedang bertikam lidah. saya..terkelu mendengar, si abangnya, amirul firdaus (tiada gambar lagi) pula ternganga. di tengah keriuhan perjumpaan keluarga yang tak lengkap. hihi..gentleman mengikut gaya ayahnya agaknya, juga dipanggil anak ayah, sebab berkepit dengan ayahnya sahaja kerjanya. oops, dia anak lelaki kedua dalam keluarganya. abangnya dah jadi anak wan (mak saya), bertaraf adik paksu. kira naik dinasti la abang dia ni..hik3

fatimah zahraa aka zahraa (saya sorang je panggil dia zahraa~lalala)

fatimah zahraa- anak bongsu kakak saya yang sulung (setakat ini). dia ni, bertaraf cousin kepada sorfeena, adik ome dan alif. panggilan- anak bibik. (bole la~) kakak dia, si aisyah lagi la 'anak bibik' kot. samala macam alif, susah didekati masa awal childhood. menangis bila diambil dari bibik,emak atau abahnya. tatkala ada bunyi tangisan, bibik dia dah ada kat tepi, ready untuk mengambilnya semula...haha..susah nak main-main ngan dia ni. kena ada 'umpan', contohnya makanan (McD pun boleh~). muka dia pun sama sebijik dengan kak nor (mak saudara dia, merangkap my elder sis, yang juga dikatakan kembar saya). tapi, tak tau la nape, takde la pulak dengar bunyi-bunyi yang muka dia sama ngan saya. jeles btul ngan kak nor! tunggu dapat anak sdiri la, baru muka sama kot..huhu...

p/s:'sakitrumah'! rindu dan pelbagai emoticon bermain di benak fikiran~

3 comments:

Salsabila said...

owh, e 'sakitrumah' ke skrg? hati2, jgn smpi ke 'rumahsakit' pulak ye... huhu~

amboi, comel2 sumer anak sedara e... betul ke si alif tu seiras OGURI SHUN??? (san izumi dlm hana kimi & hanazawa rui dlm hana yori dango)ececey~

ye la e, anak sendiri baru org kata muka seiras dgn mak! hehe

ilhami abdul rahman said...

hehe~wajibla selalu ke rumah sakit, nani..sebab sekolah pun kat situ ;) cuma berharap tak berkatilkan bed dalam 'rumah sakit' je la..hehe~

mestila comel2, cam mak sedare diorang jugak laa~ hihih..alif tu, agak2 la kesamaan dan kerupaan dia...cam oguri shun mase kecik kot..;D adik dan kakak pun setuju, malahan terkedu pula tu~ haa..tu nama dia, sano izumi & rui yang kacak~ ;)

pastila kan..tapi mak e kata (masa e kecik2 dulu), rupa anak selalu ikut rupa ayah...kalo ikut sains, ikut gen dominan..huhu

ilhami abdul rahman said...

* keserupaan